Tuesday, February 6, 2018

Asingkan duit peribadi dan duit syarikat

Mengapa bisnes tak berkembang?

Antara jawapannya ialah kerana tiada wang simpanan untuk mengembangkan bisnes.

Jika syarikat ada duit lebih, kita boleh mengambil staf bagi menambah jualan dan memudahkan operasi bisnes kita.

Kita boleh pergi kursus dan seminar berbayar.

Kita akan ada banyak masa untuk melakukan perkara strategik untuk mengembangkan bisnes kita.

Peluang-peluang akan terbuka luas di depan mata kita tapi mungkin ia hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai modal. Jika tak ada modal, melopong sajalah kita.

Wang simpanan adalah kekuatan penting bagi syarikat kita. Oleh itu, keuntungan setiap bulan perlu diasingkan, disimpan dan tidak disentuh walaupun untuk tujuan kecemasan.

Untuk urusan kecemasan, buat satu tabung khas. Simpan semua duit syiling yang ada. Wang kertas RM1, RM5, RM10 jangan dibiarkan berada dalam dompet. Segera masukkannya ke dalam tabung kecemasan.

Ambil gaji selaku pekerja syarikat walaupun jawatan kita sebagai pengasas dan pengurus besar. Ambil gaji sekadarnya pada hujung bulan. Berbelanja mengikut gaji kita itu. Jangan bermewah dalam berbelanja.

Apabila kita memasukkan gaji kita dalam kos operasi bisnes, baru kita tahu langit tinggi rendah. Betulkah bisnes kita ni berpotensi, benarkah ia diuruskan dengan baik?

Jadi, apa tunggu lagi? Tak susah pun untuk asingkan duit syarikat dan duit peribadi. Susah hanya di permulaan. Lama-lama akan mudah insya-Allah.

Sekian perkongsian saya.
Kongsikan jika bermanfaat.

www.askfirdaus.com
www.ismaweb.net
www.carrentalampang.com