Monday, October 9, 2017

Fikir Positif

Fikir yang elok-elok saja.

Jadi seperti lebah, masuk taman cari bunga.

Jangan jadi seperti lalat, masuk taman cari najis.

Kita sangkut dalam jem, jalan sesak. Tapi cuba dongak langit, lihat indahnya alam ciptaan Allah. Cantik bukan? Emosi kita akan tenang apabila tengok yang cantik-cantik dan fikir positif.

Kita akan hadapi banyak cabaran. Yakin diri boleh lakukan.

Cakap kita boleh! Jangan cakap kekurangan-kekurangan diri.

Pejam mata pada kekurangan.

Fikirkan kekuatan diri kita. Potensi kita. Kita mampu lakukan lebih jauh lagi.

Ujian yang datang, akan mematangkan.

Fikir positif!