Monday, July 3, 2017

Tarbiyah Usahawan

1. Jangan tunggu kaya baru nak memberi.

2. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.

3. Bakar sijil ijazah kalau nak berbisnes.

4. Apabila nampak usahawan dah berjaya pakai kereta besar, kena bayangkan apa kesusahan yang dia hadapi dulu. Ingat senang ke?

5. Kita kena percaya kita boleh berjaya dalam bisnes macam orang lain. Kalau kita tak percaya, siapa nak percaya kita boleh berjaya?

6. Ada beza orang buat bisnes sekadar untuk cari makan dengan orang buat bisnes yang betul-betul buat real bisnes.

7. Jujur dan amanah dalam bisnes, jangan ambil hak orang.

8. Apabila kita senang, kita lebih mudah bantu orang.

9. Tiga tahun je susah, lepas tu kita akan senang sikit. Ye lah, dah ada SOP, ada staf, ada sistem, ada growth. Kalau tak capai juga dalam tiga tahun, ada masalah tu.

10. Nak selamat dalam bisnes, jauhkan tiga perkara: perempuan, judi dan arak.

Sekian terima kasih.
Firdaus.

"Sewa rumah sampai mati je la..." contoh minda kalah

KITA mesti pernah dengar keluhan sesetengah pihak mengenai harga rumah yang melambung tinggi.

Tingginya sampai tidak masuk akal, hinggakan ada yang berkata, kalau begini harga rumah, menyewa la jawabnya sampai mati!

Ada dua isu yang boleh disentuh di sini.

Pertama: Cari rumah mampu milik

Usah bandingkan rumah yang dimiliki oleh orang lain yang bergaji besar. Betul kita boleh memasang impian memiliki banglo mewah. Tapi ukurlah baju di badan sendiri.

Kita sendiri tahu rumah besar mana yang mampu kita miliki. Usahalah menyimpan untuk mencapai matlamat itu.

Kedua: Berserah kepada takdir - konsep disalah faham - minda kalah

Ada orang hanya berserah dengan wang gaji yang diperolehinya setiap bulan. Dia tahu keperluan makin meningkat dan wang sering tidak mencukupi.

Dia tahu tapi dia tak berusaha lebih. Dia kata, aku dah kerja dan banyak itu saja gaji aku. Aku tak mampu nak beli itu ini. Biarkanlah dan ini takdir aku.

Bagi saya, orang begini tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk pergi lebih jauh dan menjana lebih banyak wang. Fikirannya banyak tertumpu kepada masalah dan kekangan yang ada, dan tidak difokuskan kepada potensi diri dan peluang yang ada.

Kita lihat pendatang asing yang bekerja di negara kita. Mereka boleh hidup senang selepas beberapa tempoh. Mereka tahu lubuk wang. Mereka berusaha tanpa malu-malu.

Kita yang penduduk asal masih di takuk lama. Merintih dan mengeluh.

Beriman dengan takdir (ketetapan Allah) adalah perkara yang bagus. Tapi adakah kita sangka hidup susah itu ketetapan Allah kepada kita? Mengapa kita tidak menganggap sebenarnya hidup kaya raya itu ketetapan Allah kepada kita?

Allah dah janji kejayaan akan datang kepada mereka yang berusaha. Kalau gaji bulanan kita RM2,000 sedangkan perbelanjaan bulanan kita RM3,000, maka kita tak boleh berdiam diri lagi.

Buang sekatan minda yang mengatakan kita tak boleh cari duit tambahan lagi RM1,000. Kita boleh sebenarnya jana pendapatan tambahan sehingga RM10,000 sebulan. Cuma kita yang belum berusaha betul-betul.

Sekian dahulu perkongsian saya kali ini. Kongsikan jika anda rasa bermanfaat.

---
Sekiranya anda ingin menyewa kereta, hubungi Firdaus di talian 011-11444212 atau layari www.carrentalampang.com