Monday, June 19, 2017

Doing business as business ATAU bisnes cari makan je

Ini satu ilmu yang saya dapat hasil pembacaan artikel-artikel bisnes di internet.

Kita kena bezakan kita buat bisnes ini untuk apa. Ada beza rupanya apabila kita berbisnes sekadar untuk mendapat duit tambahan dan berbisnes untuk membina empayar bisnes untuk manfaat yang lebih besar.

Kalau sekadar untuk duit poket, manfaatnya dapat kepada poket kita sahaja. Selagi duit masuk, selagi itu kita berbisnes sekadarnya, asalkan duit masuk.

Berbeza dengan berbisnes dengan matlamat membina bisnes yang betul-betul bisnes. Ada SOP, ada sistem, ada perkembangan, ada staf, bayar cukai dan sebagainya.

Jadi, kita ambil masa sejenak, berfikir mengapa kita menceburkan diri dalam bisnes.

Mungkin di peringkat permulaan, kita terjun ke bidang bisnes untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Akan tetapi, lama kelamaan, kita akan menyedari bahawa bisnes kita tak selamanya statik dan ia berpotensi untuk lingkup. Nak tak nak, kita terpaksa menjalankan bisnes itu sebaiknya. Biar betul-betul buat bisnes. Biar ada gaya, orang kata.

Susah? Tiada yang mustahil jika kita bersungguh-sungguh. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.

Kita bangunkan bisnes perlahan-lahan. Kalau boleh gerak laju, mengapa perlu perlahan-lahan?

Belajar dan timba pengalaman daripada orang lama. Jangan segan untuk menadah ilmu bisnes.

Saya sendiri sudah setahun berbisnes. Pelanggan pertama saya ialah ketika cuti hari raya Aidilfitri. Ketika itu, Myvi saya disewa 3 hari. Itulah kali pertama saya mendapat duit bisnes. Saya sangat gembira. Malangnya, Myvi saya dipulangkan dalam keadaan kotor dan berbau rokok. Maklumlah, ketika itu belum ada sistem. Baru mula daripada kosong.

Dari situ, saya belajar sikit-sikit daripada pengalaman, pembacaan, kursus, seminar dan coaching yang saya sertai. Pelaburan terbesar di peringkat awal ini ialah ilmu. Ternyata, pelaburan ilmu tidak pernah mengecewakan.

Hingga kini, saya masih menyertai mana-mana kursus yang ditawarkan. Saya belajar daripada kosong. Saya perlukan ilmu bisnes. Ini kerana, cita-cita bisnes saya besar. Saya ada matlamat dan saya perlu tahu bagaimana mencapainya.

Sekadar ini dahulu perkongsian saya.
Kongsikan jika bermanfaat.

---
Jika anda berminat menyewa kereta, hubungi saya di talian 011-11444212.

No comments:

Post a Comment