Sunday, December 25, 2016

Perkhidmatan Terbaik

SEMALAM selepas saya mengambil Alza daripada pelanggan di Ukay Perdana, saya menerima mesej di Whatsapp daripada pelanggan itu.

"Terima kasih, service terbaik," katanya.

Ini kali pertama saya menerima pujian langsung daripada pelanggan.

Timbul persoalan:

Adakah perkhidmatan yang saya berikan selama ini tidak baik? Mengapa baru sekarang perkara ini disebut kepada saya?

Saya rasa tiada beza perkhidmatan saya dengan pelanggan semalam dengan pelanggan-pelanggan lain.

Barangkali kerana pelanggan semalam pernah menyewa dengan syarikat lain, lalu dia boleh membuat perbandingan.

Mungkin juga kerana dia seorang peniaga, dan dia teliti dengan step by step perkhidmatan yang saya berikan lalu dia menghargainya.

Mungkin kerana pelanggan-pelanggan lain merasai pengalaman sama, cuma ia tidak disampaikan kepada saya.

Saya tak tahu mana satu jawapan kepada persoalan tadi.

Apa yang pasti, selepas ini saya akan bertanya kepada setiap pelanggan saya, bagaimana tahap kualiti perkhidmatan yang saya berikan.

Ini perkara baru yang akan saya lakukan.

Semoga ia memberikan banyak dapatan baharu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan syarikat kami.

Demikian sahaja perkongsian kali ini.

Sekian, terima kasih.

Untuk tempahan kereta, hubungi Firdaus di talian 011-11444212 atau isi borang tempahan www.carrentalampang.com/bookingform

No comments:

Post a Comment