Sunday, November 13, 2016

Berpindah ke www.carrentalampang.com

Bismillah.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Untuk urusan sewa kereta, anda boleh berkunjung ke laman web www.carrentalampang.com.

Kenapa berpindah?

Ya lah, antara blogspot dengan web dotcom, pelanggan lebih mempercayai dotcom. Kata pakar.

Tapi sebenarnya, nak tahu sesuatu syarikat itu boleh dipercayai atau lebih bagus atau tidak, tidak cukup dengan melihat pada blogspot atau dotcom.

Saya nak maklumkan di sini sebab utama saya menaik taraf ke laman web dotcom ialah untuk meningkatkan jualan.

Berdasarkan cakap-cakap orang lama dalam bidang, dengan laman web dotcom, kita akan dianggap lebih berkredibiliti dan akan mendapat pelanggan yang berkualiti, tambah-tambah kalau kita menulis dalam bahasa Inggeris.

Banyak modal ke buka laman web dotcom?

Soalan terbaik ni.

Mula-mula saya ingat mahal. Saya bertanya kepada kawan dan membuat carian di internet. Anggarannya RM1,000 ke RM1,500.

Rupa-rupanya murah saja. Murah kalau kita beli domain (alamat/nama web) dan hosting (rumah) sendiri. Dan juga guna template percuma yang disediakan.

Apa yang kita rasa mahal sebelum ini ialah apabila ia melibatkan web developer dengan khidmat service maintenance web dan juga design.

Sebab tu mahal. Memang patut pun harganya mahal. Tapi kita ada pilihan yang lebih murah, kalau kita tahu.

Saya tahu perkara ini hasil perkongsian otai lama dalam bisnes.

Web Car Rental Ampang Dotcom itu adalah yang paling jimat sekali. Beli domain dan hosting sendiri, kemudian pilih layout percuma dan buat posting sendiri.

Benarkah jualan meningkat dengan adanya laman web dotcom?

Saya pun kurang pasti sebenarnya kerana saya menggunakan blogspot pun tidak lama. Jadi kalau nak dibuat perbandingan antara keduanya, mungkin tidak tepat.

Bahkan juga terbanyak faktor lain yang mempengaruhi turun naik jualan, bukan hanya laman web semata-mata.

Wah, banyak pula coretan saya. Mulanya tak ada idea nak kongsi apa dengan anda semua.

Moga bertemu lagi di lain masa.

Firdaus
01111444212
www.carrentalampang.com