Thursday, October 13, 2016

Tips mula berniaga


SAYA mula menjalankan bisnes kereta sewa pada Julai 2016. Seakan-akan tidak percaya, masa berlalu begitu pantas. Saya mendapat pelanggan pertama melalui iklan di Mudah.my.

Kini saya mula mendapat pelanggan melalui Facebook Ads dan Google Adwords. Walaupun tidak banyak, tapi syukur masih ada.

Itulah pengalaman saya yang masih belum sampai usia setahun jagung. Masih jauh lagi perjalanan jika dibandingkan dengan orang lain.

Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah bertindak dan mencuba benda yang baru yang tak terfikir pun sebelum ini.

Kepada mereka yang masih belum memulakan perniagaan atau baru sahaja memulakannya, ini adalah sedikit nasihat saya:

1. Sucikan niat mengapa kita berniaga.


"Sahaja aku berniaga adalah kerana Allah Taala."
Perniagaan adalah sunnah Nabi.
9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

2. Mencari ilmu bidang perniagaan anda.

Selain membuat pembacaan di internet, saya telah menghadiri seminar 'Buat Duit Dengan Bisnes Kereta Sewa' anjuran otai kereta sewa, Tuan Wahi.


Dengan pakej seminar sehari itu, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan pengusaha kereta lain dan dimasukkan dalam group Whatsapp mereka.

Macam-macam topik dibincangkan!

3. Bertindak

Tindakan adalah yang membezakan kita dengan orang lain. Rakan yang baru saya kenal selepas seminar itu berkata, "Berusahalah Firdaus. Kalau kita tidak berusaha, sampai bila kita berada di takuk yang sama bertahun-tahun lamanya."

4. Jaga cash flow (aliran tunai)

Berniaga mengajar saya erti menyimpan untuk hari esok. Sebelum ini, pantang ada duit, saya akan terus belanjakan habis.

Sekarang, jika saya dapat bayaran kereta sewa, saya kumpulkan kemudian bahagi berapa peratus untuk syarikat, maintenance kereta dan gaji saya.

Dengan berkat cash flow yang selalunya positif, insya-Allah perancangan untuk mengembangkan perniagaan akan lebih mudah.

5. Kecil atau besar bukan isu

Perniagaan kita sama ada kecil atau besar tidak jadi masalah. Yang penting, kita menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan sikap yang betul.

Kesungguhan adalah kunci kejayaan, kejayaan kecil mahupun kejayaan besar.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Selamat maju jaya walau apa jua perniagaan yang anda lakukan.

Jika anda mahu menyewa kereta, hubungi saya di talian 011-1144 4212.

Firdaus
www.sewakeretampang.blogspot.my
www.facebook.com/sewakeretampang
www.instagram.com/keretasewaampang

***Kapsyen gambar: Cepat masa berlalu. Kini saya berusia 30 tahun.

No comments:

Post a Comment