Tuesday, August 16, 2016

Panduan Sewa Kereta, Puas Hati dan Menjimatkan




HAMPIR setiap keluarga di Malaysia memiliki kereta sendiri. Namun tidak bermakna tiada orang yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Biasanya kereta disewa untuk tujuan-tujuan khusus, bukan untuk kegunaan biasa. Menghadiri jemputan kenduri kahwin pada jarak yang jauh, melancong, menyiapkan tugasan bagi pelajar universiti dan pelbagai lagi.

Berikut dikongsikan beberapa tips mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang selamat, memuaskan hati lagi menjimatkan:

1. Elakkan mendapatkan kereta sewa di lapangan terbang. Meskipun ia dijamin selamat kerana dikendalikan oleh syarikat besar, namun harganya agak tinggi.

Lainlah jika anda memang mampu dan tiada masalah kewangan.

2. Mencari secara online sama ada di enjin pencarian Google, Google Maps, Facebook dan portal sewa beli seperti Mudah.my.

Banyak syarikat pelancongan atau kereta sewa yang akan muncul dalam hasil carian anda.

Pastikan syarikat itu memiliki premis perniagaan (lihat pada alamatnya), sudah established dan mempunyai ramai pelanggan (testimoni), dan meyakinkan anda selaku penyewa.

3. Lakukan perbandingan harga antara beberapa syarikat untuk mendapatkan harga terendah. Jangan malu untuk meminta potongan harga (diskaun) jika anda seorang pelajar universiti atau anda menyewa lebih daripada sehari.

4. Sebagai langkah keselamatan, ketika berurusan mengambil kereta, pastikan semua dokumen anda yang diminta diserahkan kepada syarikat, dan anda mendapat hitam putih perjanjian sewaan kereta.

Ia penting jika berlaku sebarang perkara tidak diingini dalam tempoh sewaan. Biasanya, syarikat akan meletakkan 100 peratus kos di bahu penyewa jika berlaku kerosakan. Pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan perjanjian sebelum menandatanganinya.

5. Penghantaran kereta (delivery) ke tempat anda pun ada disediakan, ada yang percuma dan ada yang dikenakan bayaran tambahan, bergantung kepada jarak.

6. Kini terdapat syarikat yang sudah advance dalam perkhidmatan mereka. Semuanya dijalankan secara online. Bermula dengan tempahan, berakhir dengan bayaran. Semuanya online.

Antara syarikat terkenal milik anak Melayu yang advance ialah Green Matrix Car Rental (GMCR) yang diasaskan oleh En Wahi Abd Rasyid.

Selamat mengamalkan tips yang diberikan di atas, selamat menyewa kereta dan selamat menuju ke destinasi.

Sewa kereta di sini:

www.sewakeretampang.blogspot.my

2 comments: