Monday, August 22, 2016

Buat duit dengan bisnes kereta sewa

ANTARA bisnes 'goyang kaki duit masyuk' selain menjahit baju guna mesin lama ialah bisnes kereta sewa.

Adakah dakwaan ini satu kebenaran?

Betul, apabila pelanggan menyewa kereta kita, kita boleh duduk berehat atau membuat kerja lain dan akan mendapat bayaran sewaan.

Saya pernah bertemu dengan rakan-rakan pengusaha kereta sewa yang pendapatannya besar bahkan ada yang menjalankannya beberapa bulan sahaja namun telah mendapat pulangan wang modal dengan cepat.

Anda berminat? Bagaimanakah caranya?

Opps, nanti dahulu. Kena betul-betul faham sebelum terjun ke dalam bisnes ini. Sama seperti bisnes lain, kena ada 'ilmu'.

Antara perkara penting yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan ini ialah risiko.

Rakan saya berkata, bisnes ini memang jana wang banyak dengan cepat tapi risikonya juga tetap tinggi.

Hanya kerana mendapat bayaran sewa lebih kurang RM120 sehari bagi kereta Myvi, anda juga berpotensi rugi RM50,000 jika kereta anda hilang dicuri penyewa terbabit.

Selain itu, jika kereta anda dikesan oleh SPAD dijadikan kereta sewa tanpa permit, anda juga bakal disaman dan mungkin didakwa di mahkamah.

Untuk memiliki permit, anda perlu mendapat lesen daripada Kementerian Pelancongan. Untuk mendapat lesen, anda perlu memohon dengan membawa kertas kerja syarikat, profil syarikat Sdn Bhd dan dokumen-dokumen lain seperti akaun bank semasa dan sebagainya.
Sulit bukan?

Betul. Tapi itu adalah peringkat yang ideal bagi satu-satu perniagaan kereta sewa. Jika betul-betul mahu jadi pengusaha kereta sewa berjaya, begitulah jalannya. Tiada jalan lain.

Tapi, untuk mencapai tahap itu, sudah tentu kita perlu bermula dari bawah. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?

Jawapannya ialah Mencari Pelanggan. Apakah yang dimaksudkan dengan mencari pelanggan?

No comments:

Post a Comment