Monday, August 22, 2016

Buat duit dengan bisnes kereta sewa

ANTARA bisnes 'goyang kaki duit masyuk' selain menjahit baju guna mesin lama ialah bisnes kereta sewa.

Adakah dakwaan ini satu kebenaran?

Betul, apabila pelanggan menyewa kereta kita, kita boleh duduk berehat atau membuat kerja lain dan akan mendapat bayaran sewaan.

Saya pernah bertemu dengan rakan-rakan pengusaha kereta sewa yang pendapatannya besar bahkan ada yang menjalankannya beberapa bulan sahaja namun telah mendapat pulangan wang modal dengan cepat.

Anda berminat? Bagaimanakah caranya?

Opps, nanti dahulu. Kena betul-betul faham sebelum terjun ke dalam bisnes ini. Sama seperti bisnes lain, kena ada 'ilmu'.

Antara perkara penting yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan ini ialah risiko.

Rakan saya berkata, bisnes ini memang jana wang banyak dengan cepat tapi risikonya juga tetap tinggi.

Hanya kerana mendapat bayaran sewa lebih kurang RM120 sehari bagi kereta Myvi, anda juga berpotensi rugi RM50,000 jika kereta anda hilang dicuri penyewa terbabit.

Selain itu, jika kereta anda dikesan oleh SPAD dijadikan kereta sewa tanpa permit, anda juga bakal disaman dan mungkin didakwa di mahkamah.

Untuk memiliki permit, anda perlu mendapat lesen daripada Kementerian Pelancongan. Untuk mendapat lesen, anda perlu memohon dengan membawa kertas kerja syarikat, profil syarikat Sdn Bhd dan dokumen-dokumen lain seperti akaun bank semasa dan sebagainya.
Sulit bukan?

Betul. Tapi itu adalah peringkat yang ideal bagi satu-satu perniagaan kereta sewa. Jika betul-betul mahu jadi pengusaha kereta sewa berjaya, begitulah jalannya. Tiada jalan lain.

Tapi, untuk mencapai tahap itu, sudah tentu kita perlu bermula dari bawah. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?

Jawapannya ialah Mencari Pelanggan. Apakah yang dimaksudkan dengan mencari pelanggan?

FOKUS MENCARI PELANGGAN




Antara langkah awal dalam menjalankan perniagaan kereta sewa ialah mencari pelanggan.

Kerja mencari pelanggan adalah perkara yang amat penting.

Ada orang mengutamakan mencari kereta terlebih dahulu tetapi sebenarnya tidak.

Bayangkan jika anda sudah memiliki kereta untuk disewa, namun anda tidak berusaha mencari pelanggan, maka anda telah rugi.

Bayangkan pula jika anda telah membuat pinjaman bank untuk membeli beberapa buah kereta tanpa mencari pelanggan terlebih dahulu, maka siapakah yang akan membayar duit bank pada setiap bulan? Berkali ganda anda akan rugi.

Pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya berpesan agar mencari pelanggan terlebih dahulu. Fokus cari pelanggan.

Apabila pelanggan sudah ada dan anda tidak cukup kereta, pass kan sahaja kepada rakan-rakan pengusaha kereta lain. Ambillah sedikit bayaran di atas usaha anda mencari pelanggan untuk mereka.

Mudah bukan?

Oleh itu, antara usaha saya mencari pelanggan pada peringkat awal ini adalah dengan membuka laman Facebook Sewa Kereta Ampang ini dan juga saya mengiklankannya di Mudah.my dengan bayaran hanya RM50.

Setakat ini dahulu perkongsian bisnes kereta sewa daripada saya.

Blog saya: www.sewakeretampang.blogspot.my

FB saya: www.facebook.com/sewakeretaampang

Tuesday, August 16, 2016

Panduan Sewa Kereta, Puas Hati dan Menjimatkan




HAMPIR setiap keluarga di Malaysia memiliki kereta sendiri. Namun tidak bermakna tiada orang yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Biasanya kereta disewa untuk tujuan-tujuan khusus, bukan untuk kegunaan biasa. Menghadiri jemputan kenduri kahwin pada jarak yang jauh, melancong, menyiapkan tugasan bagi pelajar universiti dan pelbagai lagi.

Berikut dikongsikan beberapa tips mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang selamat, memuaskan hati lagi menjimatkan:

1. Elakkan mendapatkan kereta sewa di lapangan terbang. Meskipun ia dijamin selamat kerana dikendalikan oleh syarikat besar, namun harganya agak tinggi.

Lainlah jika anda memang mampu dan tiada masalah kewangan.

2. Mencari secara online sama ada di enjin pencarian Google, Google Maps, Facebook dan portal sewa beli seperti Mudah.my.

Banyak syarikat pelancongan atau kereta sewa yang akan muncul dalam hasil carian anda.

Pastikan syarikat itu memiliki premis perniagaan (lihat pada alamatnya), sudah established dan mempunyai ramai pelanggan (testimoni), dan meyakinkan anda selaku penyewa.

3. Lakukan perbandingan harga antara beberapa syarikat untuk mendapatkan harga terendah. Jangan malu untuk meminta potongan harga (diskaun) jika anda seorang pelajar universiti atau anda menyewa lebih daripada sehari.

4. Sebagai langkah keselamatan, ketika berurusan mengambil kereta, pastikan semua dokumen anda yang diminta diserahkan kepada syarikat, dan anda mendapat hitam putih perjanjian sewaan kereta.

Ia penting jika berlaku sebarang perkara tidak diingini dalam tempoh sewaan. Biasanya, syarikat akan meletakkan 100 peratus kos di bahu penyewa jika berlaku kerosakan. Pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan perjanjian sebelum menandatanganinya.

5. Penghantaran kereta (delivery) ke tempat anda pun ada disediakan, ada yang percuma dan ada yang dikenakan bayaran tambahan, bergantung kepada jarak.

6. Kini terdapat syarikat yang sudah advance dalam perkhidmatan mereka. Semuanya dijalankan secara online. Bermula dengan tempahan, berakhir dengan bayaran. Semuanya online.

Antara syarikat terkenal milik anak Melayu yang advance ialah Green Matrix Car Rental (GMCR) yang diasaskan oleh En Wahi Abd Rasyid.

Selamat mengamalkan tips yang diberikan di atas, selamat menyewa kereta dan selamat menuju ke destinasi.

Sewa kereta di sini:

www.sewakeretampang.blogspot.my